Rabu, 15 Februari 2017

KEISTIMEWAAN LECITHIN SHAKLEE



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri saya pada kali ini adalah mengenai Lecithin Shaklee. 

Lecithin Shaklee adalah antara produk yang paling murah antara banyak-banyak produk Shaklee ye. Tapi, walaupun paling murah, lecithin produk yang sangat best untuk menjaga kesihatan, terutamanya untuk menghapuskan lemak dan kolesterol.


Semperna bulan promosi Lecithin Shaklee, saya mengambil peluang untuk bercerita kepada pembaca semua mengenai Lecithin Shaklee. Produk mampu milik ini pasti menjadi pilihan untuk badan yang lebih sihat.


KEBAIKAN LECITHIN SHAKLEE YANG PERLU ANDA CUBA


Kalau pembaca semua nak tahu, inilah bentuk Lecithin Shaklee ye. Lecithin sebenarnya adalah campuran semulajadi phospolipid. Ia mempunyai beberapa manfaat kesihatan yang menjadikan ianya bernilai termasuk sebagai sebahagian daripada rutin tambahan harian.

Lecithin juga melindungi sel-sel anda dengan memudahkan pergerakan lemak, bahan buangan, nutrien dan ion dalam dan di luar sel-sel, sambil mengekalkan bentuknya.

PENGENALAN LECITHIN SHAKLEE



Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. 

Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Ada satu ketika, pernah timbul isu lecithin Shaklee tidak halal kerana kapsulnya dibuat daripada Bovine. Bovine ialah lembu ye, tapi dikhuatiri tidak disembelih dan memang diakui oleh Shaklee Kanada.

Untuk pengetahuan semua, Shaklee menghasilkan produk berbeza untuk setiap negara, begitu juga negara Islam dan bukan Islam. Malahan, produk Shaklee mendapat kelulusan daripada ISA, badan yang lebih tegas dalam soal halal haram.

Malahan, leaders Shaklee yang berkunjung ke US tahun lepas juga mengesahkan perkara ini kerana mereka dibawa sendiri melawat ke kilang Shaklee di sana.

Jadi, tiada soal halal, haram atau syubhah ye. Kerana produk Shaklee diyakini 100% halal.

MANFAAT LECITHIN SHAKLEE




Menyerap vitamin yang larut-lemak
- Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A,D,E dan K yang larut-lemak.

Melindungi hati
- Menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

Pemecahan lemak dan kolestrol
- Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid didalam tubuh.


Pelangsingan
- Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran emak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

Mencantikkan otot dan kulit
- Membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma se dan melambatkan penuaan.

Memperbaiki alergi
- Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung didalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit - dermatitis, demam alergi.

Menghalang kejadian batu karang
- 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol. lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

Mempertingkatkan daya ingatan dan mengurangkan stress
- Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin secukupnya untuk pembesaran sihat janin.

Menghalang tekanan darah tinggi
- Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah.

Memperbaiki prostat lelaki
- Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin yang banyak.

Meringankan sembelit
- Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin didalam usus.


  GOLONGAN YANG MEMERLUKAN LECITHIN
1) Pesakit diabetes.
- mereka tidak boleh kekurangan lecithin.

2) Pesakit buah pinggang.
- kolina dalam lecithin meringankan tugas buah pinggang untuk memproses protein.

3) Penderita keguguran rambut.
- golongan ini memerlukan lecithin kerana kekurangan inositol (komponen dalam lecithin) menyebabkan keguguran rambut.

4) Pesakit strok.

5) Orang yang banyak mengambil karbohidrat kerana ia boleh membentuk lemak dalam darah.

6) Orang yang mengalami kolestrol yang tinggi.

7) Orang yang mengalami masalah fokus, terutama koordinasi anggota badan.

8) Pelupa. 


Banyak sangat kesan jika kekurangan lecithin ni tau. Saya sendiri mungkin mengalami kekurangan lecithin semasa mengandungkan anak pertama. Memang kronik sangat penyakit lupa saya. Sehingga terpaksa menulis aktiviti yang perlu saya buat setiap hari.

Untuk fokus dan menumpukan perhatian pada sesuatu kerja juga agak sukar. Jadi, saya agak lecithin amat penting dikalangan pelajar kerana kekurangannya mungkin boleh membuatkan seseorang sukar menumpukan perhatian ketika belajar.

Kekurangan lecithin juga boleh menyebabkan keguguran rambut dan sering mengalami sakit dan keradangan.

TESTIMONI PENGGUNA LECITHIN SHAKLEE

Tidak sah rasanya kalau tidak disertakan dengan testimoni yang telah berpuas hati setelah mengamalkan lecithin shaklee ini.












Berminat untuk mendapatkan Lecithin Shaklee? Boleh KLIK DISINI


Sebarang pertanyaan dan konsultasi boleh :


Whatsapp/Sms : +60132904342


COD : Bahau, Bandar Sri Jempol, Batu Kikir dan sekitarnya (^_^) 

**Suplemen Shaklee bukan ubat. Walaupun terbukti secara saintifik menyihatkan badan, ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulihkan penyakit kritikal.**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan